PERSATUAN PENGAKAP
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Hanapi Ahmad DATE_FORMAT_LC2
Salam Tahun Baru, Salam Berpengakap dan Salam 1Malaysia. Bersyukur kerana usia kita masih lagi dipanjangkan dengan peringatan bahawa peluang masih ada untuk kita terus berbakti dan memperbaiki diri.Untuk pengakap pula kita masih lagi berkesempatan untuk memperbaharui persetiaan dan merangka aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan terutama berkaitan aktiviti berpengakap.
Konsep 1Malaysia dalam berpengakap bukanlah sesuatu yang asing. Undang-undang pengakap keempat ' Pengakap itu bersaudara dengan pengakap yang lain tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan' adalah satu menifestasi bahawa perpaduan yang dianjurkan oleh pengakap sangat releven dengan gagasan 1Malaysia.
Bagi pengakap konsep "persaudaraan dalam pengakap" melangkaui batas sempadan benua. Semua orang adalah sama dan mempelajari kemahiran yang sama. Oleh itu berbanggalah menjadi seorang ahli pengakap. Di manapun juga kita berada persaudaraan berpengakap itu pasti ada.
Pada Tahun 2010 ini banyak aktiviti yang telah dirangka untuk dilaksanakan di peringkat sekolah. Antara fokus utama adalah menjalankan ujian lencana, berkhemah dan kursus kecekapan berpengakap. Sepanjang tahun 2009 pengakap SKBS telah turut mengambil bahagian dalam beberapa acara di peringkat dareah seperti berikut;
- Menghadiri mesyuarat-mesyuarat diperingkat daerah oleh pemimpin.
- Mengambil bahagian dalam Patrol Leaders Training Course di SMK Tun Abg Hj.Openg dengan 5 orang peserta.
- Menambil bahagian dalam perkhemahan unit beruniform Zon A di Pusat Ko-Kurikulum.Beberapa pemimpin kita dilantik sebagai jurulatih.
- Terlibat dalam lawatan Pramuka dari Kabupaten Sambas Indonesia.
- Terlibat dalam Perkhemahan 1Malaysia PPD Kuching dengan 2 orang pemimpin dilantih sebagai Jurulatih.
- Menjadi AJK Kebersihan ketika Pertandingan Tarian Asli di SK Petra Jaya. 4 orang ahli.
- Menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri dan Anugerah Lencana di SMK Petra Jaya. 3 orang Ahli.
Terimakasih di atas kerjasama dari semua pemimpin pada tahun 2009.Semoga pada tahun 2010 banyak lagi aktiviti yang dapat kita jalankan.
Terima kasih kepada:
Puan Bong
Puan Nurul Syuhada
Encik Lokmanuhakim
Encik Azmi (Tanhiah dapat berpindah ke Semenanjung. Terimaksih atas sumbangan)
Puan Suhana
Salam berpengakap.
Takwim Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Petra Jaya
Terkini
- Taklimat Pendaftaran pada 15 Januari di PPD Kuching. (Pemimpin)
- Kursus Kepimpinan Manikayu 1 dan Asas Kecekapan Berpengakap siri 1/1020 bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Santubung.
Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Petra Jaya 2010
Ahli Beruniform:
En. Mohd Hashim bin Dona - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Petra Jaya.
Tuan Haji Haron Zaini - Penolong Pesuruhjaya (Tugas-Tugas Khas)
En. Jobeli bin Ajis Tumi - Penolong Pesuruhjaya (Program).
En. Mohd Hanapi Ahmad - Penolong Pesuruhjaya (Latihan)
Puan Hjh. Hayati Hj. Edward - Penolong Pesuruhjaya (Hal Ehwal Wanita)
Pasukan Program Daerah
Pengerusi
Encik Jobeli bin Ajis Tumi
Ahli Jawatankuasa
Puan Aisah Sahran
Puan Norhayati Rosli
Encik Zamli
Encik Yazid Redzuan.
Pasukan Latihan Daerah
Pengerusi
Encik Mohd Hanapi Ahmad
Ahli Jawatankuasa
Encik Jol bin Abd Wahab
Hjh Hayati Edward
Encik Joe
Encik Hasan Kudus
Puan Vong Lik Na
Puan Zamzarina
Encik Fazli bin Bujang Saleh.
Pengakap




